Figura Aksi

so..here goes..aku dah lama juga berfikir apa nak tulis..tapi aku teruskan menulis sekarang sebab aku tak tahu nak tulis apa.. ha ha ..sebenarnya dah lama aku nak buat blog..dan aku nak buat nama aku suka kat " ".blogspot.com"..tapi under circumstances yang banyak, (nak list-kan pun banyak)..aku tak jadi nak buat..haha..

Let me remind you yang aku buat blog ni adalah cara bagaimana aku nak melibatkan diri dalam photojournalism..(aku baru faham apa itu photojournalism..rujuk wikipedia)..aku akan start bercerita tentang gambar-gambar yang aku ambil..(while kita semua tahu yang "A picture speaks thousands words" kan?)..so..biarlah..aku nak cerita jugak..aku peduli apa..hahaha..

Anyway, first cerita yang aku nak bercerita adalah tentang bagaimana aku boleh berjangkit dengan penyakit Blog ni.

Blog ni merupakan sesuatu alternatif yang terdekat dengan diary. Sepertimana diary-diary adik perempuan atau kakak kamu semua. Tetapi, diary mereka ni, tidak boleh dibaca oleh semua..memang sangat di 'prohibited' kan oleh mereka. Mereka hanya berkongsi dengan diri sendiri saja. aku pun tak tahu apa yang mereka tuliskan.(hehe..ye lah, aku mengaku..ada 2-3 diari jugak aku baca curi2..hehe) ..antaranya ialah tentang Holiday mereka, Lelaki mereka, BF, Makanan, Kesedihan, ada juga yang berbaur seks..(come on lah, takkan lelaki je kot fikir pasal seks)..Hasil dan reaksi yang aku peroleh apabila aku menemubual sedikit Perempuan-perempuan yang menulis diari ni adalah seperti berikut..

"i tulis dalam diari sebab..entah la..i boleh refresh balik apa yang i tak ingat"

"i suka tengok tulisan-tulisan i yang dulu"

"i boleh tergelak balik bila ingat waktu2 duka dulu..kadang2 rasa cam poyo,kelakar dan cute..hehe.."

Ini kata-kata mereka lah..OK back to the topic.

Blog ni boleh dikatakan sama dengan diari..cuma pendekatannya sahaja berbeza. Blog boleh dibaca oleh semua orang..(walaupun ada user yang buat blog mereka jadii private)..Malah, dalam link ini pun mengatakan bahawa blog ni adalah Online Diary..

haha..

online ‘diary’..haha..aku rasa macam kelakar..hmm..ok..Bila aku tengok orang blogging, pada pendapat aku, aku rasa membuat dan menulis blog ni best jugak..walaupun orang lain tak baca, kita baca kan?..haha..so..bagi aku, aku ni lelaki, dan lelaki tak tulis diary kan?..(ada ke yang tulis?)..aku anggap ni blog je..so aku rasa OK sedikit..(bukan diary).

Aku tulis ni semua sebenarnya nak express tentang apa yang aku nak cakap kat dunia luar, tetapi, tak berkesempatan sebab aku ni orang biasa saja. Jadi, aku menulis je lah, itu pun dah menjadi kepuasan diri aku. Dan lagi satu, Aku tak peduli apa orang nak cakap pasal aku..(kadang2 aku kisah jugak, tapi senyap2 dalam hati je lah)..

Dan lagi satu lagi, sejak aku membaca blog-blog orang melayu, aku rasa tertarik. Contoh seperti blog “Semusim Di Neraka” dan “Aku Tak Peduli”. Hal ini membuatkan aku rasa tertarik dengan bahasa Melayu so aku pun buat blog dalam bahasa ini. Walaupun kamu pelik kenapa ada sedikit bahasa inggeris diselitkan, ini kerana ini cara cakap aku kat luar, dan aku tak mahu jadi hipokrit, dan “Warning!”, ini tak bermaksud aku ni jenis melayu yang lupa pada tanah melayu seperti melayu-melayu dalam Drama-drama Yusof Haslam, Samarinda mahupun Cerekarama Melayu di rancangan Melayu tempatan, stesen swasta amnya.

So, macam tu lah aku boleh terjebak dalam penyakit blog yang semakin hari semakin luas pengunaannya. Even makcik jual pisang goreng kat Kampung Baru pun dah tahu apa itu blog, apatah lagi kamu semua. Ha Ha Ha.

Itu saja dari aku hari ni, Hope you’all enjoy lah membaca blog aku ni ya!?..


enjoice!

RF photojournalister!

No comments: