Wish-list

Setelah 2-3 kali ulang alik dekat kedai dalam mall berdekatan rumah aku, sampai kawan aku pun naik fed-up, finally aku nak cakap lah, aku nak sangat Lens ni..
Nikon AF-S DX VR Zoom-Nikkor 55-200mm f/4-5.6G IF-ED

Aku memang suka..suka..suka..suka..Sebab apa?..sebab Lens ni murah je, bawah 1K kotmemang affordable. Boleh zoom jauh (dibandingkan dengan D40 kitlens aku ni), malah ada Vibration Reduction (VR) plus Nikon ED glass element dan juga Silent Wave Motor (SWM). 3.6x zoom pun bagi aku, aku rasa, dah cukup kot. ha ha ha..

Memang lah kalau boleh aku nak angkat 18-200mm, tapi, silap, harga not very promising. 2k. memang mahal beb. Tak boleh nak pakai lah, sebab aku student . ha ha ha. Aku pun teringat2 dan tercadang jugak lah nak beli 70-300mm. Sebab memang confirm lah boleh lagi zoom jauh kan?. ha ha ha..memang tak puas.

If you all wondering sebab apa aku nak beli lens yang boleh zoom jauh-jauh, that is because, aku suka natural expression orang, dan aku suka perempuan. So, dengan adanya Zoomlens ini, maka aku boleh lah capture candid moment mereka.

Memang tak boleh dinafikan, aku kadang-kadang (tak pernah) nak mintak kebenaran tuan punya badan untuk ambil gambar tuan tersebut. Tapi bila kita ambil gambar jauh2, tanpa disedari pulak, confirm lah gambar boleh menunjukkan ciri2 Photojournalism, candid dan macam-macam lagi, ha ha ha..

Contoh lihat gambar ini,Aku snap gambar ni kat kedai makan Alif kat Kuantan.

Ok, apa aku nak beritahu kat sini, cuba lihat gambar ni, si tuan punya badan tak sedar, thus, menjadikan gambar ni nampak natural expression kan?.Sila comment. ha ha ha

Hensem, manis, berkaliber!

Kan nampak macam expression muka-muka mereka. best kan.

So, that explain a LOT kat semua orang sebab apa aku suka natural expression, dan sebab apa aku nak sangat beli Telephoto lens, ha ha ha. Kalau boleh aku nak 400 mm kalau boleh, seperti cameraman yang mengambil gambar sports2 seperti bola, am nya. Kan besar lens diorang?..ha ha ha..

Ok that's All for now, Aku dah nak tidur. Terima kasih. Sila enjoy


Enjoy!

RFPhotojournalister!

No comments: