Braces part 1

baiklah, ok, baiklah, ok, sebenarnya, 2 tahun lepas, aku diberi cadangan oleh kakak ku, untuk pakai braces. adakah braces ini menyakitkan?..OK..aku akan buat blog tentang braces ni lah mulai sekarang. Jangan risau, post-post lain masih ada, ini hanya satu post yang terselit dan tersepit. ha ha ha.

aku akan cerita dari mula, dari mula-mula aku di beri Idea, kepada sedang memakai braces, dan akhir sekali, cerita penanggalan besi dari mulut aku.

OK, at first, aku fikir, ini satu peluang yang baik. Dah lah kerajaan kasi fund utk aku buat braces, bagus betul kerajaan Malaysia, M for Malaysia!. Merdeka! rakan Muda. he he. kita teruskan. Sebenarnya kakak aku yang memperkenalkan braces pada aku. Braces ni tujuannya utk memperbetulkan alignment dan balancing gigi manusia-manusia yang memakainya. Kakak aku tak pakai pun, she's just gave me the idea to my parent.


So, being an obedient son who always follow his parents wish, aku pun terpaksa lah akur. Aku tahu, gigi aku ada masalah. Ini gambarnya. maaf, Photoshop rosak.


Belasah Saja. Yakin Boleh!


haha. for those yang dah kenal aku, mereka tahu lah macamana gigi aku, tak, gigi aku tak teruk sangat macam gigi taufik. ha ha ha.


So aku pn pergi mendaftar di klinik Kerajaan di sebuah lokasi diKuantan. Setelah mendaftar, aku di beri briefing oleh doktor. Aku dah lupa siapa doktor tuh. Dah 2 tahun. Ha ha ha..


Seminggu selepas di-brief-kan. Aku setuju dan setuju. Aku ingat kena tunggu selama 2-3 bulan saja, aku pun beritahu lah Girlfriend ku yang ku rasa sayang sangat, (pada masa itu, tentang ini probelem.)..So, dia pun paham dan tak kisah. Seperti Iklan-iklan dalam radio. Dia tak kisah. Dia pun nak jugak hehehe.


Jadi aku teruskan hidup aku macam biasa. Selepas beberapa ketika juga lah, aku dipaksa datang ke Klinik tersebut untuk diambil Xray gigi aku ini. Hensem Gigi aku ni sebenarnya bila tengok dalam Xray. ha ha ha.. Betul! Really, it really happened.

Doktor beritahu aku, "ariff, u r now in waiting list. So u have to wait. OK?"..

I was like "hell yeah, im in waiting list kan?so, i have to wait lah kan"..jawab dengan keberanian...dalam hati..

"ok," aku beritahu doktor, dan pada masa ini, aku anggap, dah tak lama lagi gigi aku akan bertukar dan transform kepada Semi besi. Mungkin 2-3 bulan lagi kot.

Tapi tidak, kakak aku beritahu, "setahun setengah lagi kot, 2 tahun ke"..

aku tergamam.

**

1 year berlalu.

aku dipanggil untuk appointment untuk doktor lihat gigi aku. Kena Xtray lagi, nasib baik free dan kurang berbahaya. Lepas doktor dah tahu alignment gigi aku, so, aku dipanggil lagi sekali, dan lagi sekali dan lagi sekali..

semuanya buat benda yang sama. Adeh..

**

1 and a half year berlalu.

masih benda yang sama, pada tahap yang sama bak kata Loque, pemain gitar Butterfingers, "kembali pada petak pertama, separuh masa kedua"..

OK.. aku tahu tak berkaitan tapi, who cares?..aite?aite?

Doktor beritahu aku, :"ok, ini costly tau, RM750, ayah awak orang kerajaan?"

"tak..kot..kenapa?"

"kalau kerajaan, free of charge je, lagipun awak hensem, kalau ayah awak swasta pun, saya tetap akan bagi free, ha ha ha"

"ha ha ha ha"..

**

2 years later, gigi aku di nikmati oleh doktor2 yang bertugas,

Dia kata (doktor praktikal).. "awak nak pasang braces, kene ada commitment, kene selalu datang kat sini, every 3 months, untuk service"..

berkali-kali dia cakap camtuh, aku naik loya, dan naik hairan.

*aku dah lama dump girlfriend aku yang aku memang rasa sayang. rasa sayang he!. Mungkin 1 n a half month after aku cerita pasal this braces thingy. Sorry, Aku ada masalah.

**

Bulan lepas

aku tengok kad appointment, ha,, ada turn aku untuk check gigi, aku jadi macam Excited. aku ingat dah pasang untuk hari itu.

"ha, ok, kitorang nak check gigi je, ambil acuan dan tara~! anda boleh balik! Nanti kitorang setting appointment, by that time, dah pasang braces kot."..

cis berger. belum boleh pakai lagi.

**

Minggu ni

"owh, nasib baik kamu datang, hari ini hari special" kata doktor?nurse? tersebut.

"haha, memang lah, dah nama appointment kot."

"ok, harini, saya nak letak Getah kat Gigi geraham awak. jangan risau, tak sakit."

"ok," tup2 3-4 minit, "dah siap, itu je"

"itu jek kot?"

"awak boleh makan macam biasa, kitorang letak ni supaya ade ruang diantara gigi itu"

"kalau getah tercabut, datang balik Jumaat ni, kitorang kasi replacement"

"mula-mula tak sakit, makin lama2 lah makin sakit, jangan risau ok?"

only god knows why they put it and how i feel right now.

aku pn balik berbekal kan getah dalam mulut aku,


Makin lama makin sakit..
dan masa aku tulis nih, gigi aku berdenyut2..ok..


nanti sambung..minggu depan ada episod baru..hehe

Enjoy

RF PhotoJournalister!

2 comments:

Fatin Fathanah said...

haha. xsabr tunggu episod akan dtg. boleh djdkan cerita nih. hihi.
best2.
syok membaca. :D



fatin fathanah (:

izzatie said...

owh ak igt cite ni...da 2 taun blalu...truskn cite ni..